Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PAKK diperlukan di Lawas untuk galakkan aktiviti dan perlindungan kanak-kanak
  • Utara
  • WILAYAH

PAKK diperlukan di Lawas untuk galakkan aktiviti dan perlindungan kanak-kanak

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI MAJLIS…Henry Sum ketika melakukan simbolik perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Kasih Kanak-kanak Bahagian Limbang Siri 02/2025 di Dewan Masyarakat Sundar hari ini.

LAWAS: Penduduk Lawas memohon supaya diwujudkan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) di daerah ini untuk memenuhi keperluan golongan sasaran, khususnya kanak-kanak.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, pusat tersebut penting sebagai ruang bagi kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan pelbagai aktiviti bersama.

“Saya difahamkan belum ada pusat seperti PAKK di Lawas. Oleh itu, kami memohon agar PAKK diwujudkan di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Kasih Kanak-kanak Bahagian Limbang Siri 02/2025 di Dewan Masyarakat Sundar hari ini.

Menurut beliau, PAKK akan menjadi ruang yang sesuai untuk mewujudkan suasana pergaulan harmoni antara kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang dan keturunan di Lawas.

KONGSI MAKLUMAT…Henry Sum diiringi Adinin mengunjungi salah satu reruai yang disediakan JKM Bahagian Limbang.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mensasarkan pelaksanaan 30 PAKK di seluruh Malaysia sebagai platform untuk mendengar suara kanak-kanak dan menjamin hak mereka dalam segenap aspek kehidupan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak mencatatkan 572 kes penderaan kanak-kanak yang didaftar antara Januari hingga Jun 2025, dengan 28 kes berlaku di Bahagian Limbang.

PAKK berperanan sebagai pusat advokasi, pusat sumber, pusat pembelajaran, pusat intervensi krisis serta pusat sosial dan rekreasi yang kondusif untuk kanak-kanak.

Turut hadir, Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Limbang Adinin Adol, Pegawai Kebajikan Bahagian Limbang Abang Ahmad Ibrahim Abang Abdul Rahman, dan beberapa kenamaan tempatan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 50 peserta Petronas sertai kempen keselamatan kebakaran di Miri
Next: Bau Police Chief, Dr Daram Ruer calls for public assistant to find missing person

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.