Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakistan longgarkan sekatan pergerakan
  • GLOBAL

Pakistan longgarkan sekatan pergerakan

Utusan Sarawak 5 years ago
PERKHIDMATAN pengangkutan awam masih ditutup berikutan pertikaian antara pihak pentadbiran wilayah. Institusi pendidikan di seluruh negara juga kekal ditutup sehingga 15 Julai.

ISLAMABAD: Pakistan akan melonggarkan sekatan pergerakan secara bertahap bermula pada Sabtu, kata Perdana Menteri Imran Khan lapor agensi berita Anadolu. 

Beliau berkata sekatan pergerakan telah memberikan kesan buruk kepada buruh, peniaga kecil dan orang awam. 

“Kerajaan memutuskan untuk membuka semula pasar kecil, kedai dan sektor pembinaan di seluruh negara mulai Sabtu,” kata Khan dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen pada Khamis.

Khan juga menyeru rakyat mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) untuk terus membendung penularan Covid-19. 

“Jika orang ramai melanggar SOP dan menyebabkan peningkatan kes baharu di negara ini, kerajaan akan kuat kuasa semula sekatan pergerakan,” katanya.

Pengumuman itu dibuat meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19 setiap hari di Pakistan.  

Negara ini mula mengenakan perintah sekatan pergerakan pada Mac.

Bagaimanapun, perkhidmatan pengangkutan awam masih ditutup berikutan pertikaian antara pihak pentadbiran wilayah. Institusi pendidikan di seluruh negara juga kekal ditutup sehingga 15 Julai.

Solat berjemaah di masjid pada Ramadan dibenarkan.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes Covid-19 di Pakistan meningkat kepada 24,644, negara kedua paling teruk terjejas selepas India.

Angka korban setakat ini seramai 585 orang manakala 6,464 pesakit sembuh. 

Di seluruh dunia lebih 3.78 juta kes dilaporkan, hampir 265,000 orang maut dan lebih 1.25 juta pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins University.- Bernama

Continue Reading

Previous: Barcelona buka pantai untuk aktiviti riadah
Next: Benarkan 17 penumpang setiap penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.