Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19
  • GLOBAL

Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19

Utusan Sarawak 3 years ago
NEGARA Asia Selatan itu melaporkan lebih 500 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas, selama empat hari berturut-turut. • Foto AFP

KARACHI: Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara, kata seorang pegawai kanan negara itu pada Ahad.

Menteri Perancangan Asad Umar, yang juga ketua strategi anti-virus negara, berkata terdapat bukti jelas bahawa gelombang kelima Covid-19 “kini bermula”, lapor Agensi Anadolu.

“Bukti jelas menunjukkan satu lagi gelombang Covid-19 telah bermula, dan telah diijangka sejak beberapa minggu lepas,” menurut Umar menerusi ciapan Twitter, sambil menambah bahawa penjujukan genom menunjukkan peningkatan terhadap kes melibatkan varian Omicron, terutamanya di Karachi, bandar terbesar di negara itu.

“Ingat: memakai pelitup muka adalah perlindungan terbaik anda,” kata beliau.

Negara Asia Selatan itu melaporkan lebih 500 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas, selama empat hari berturut-turut, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Dengan 594 jangkitan baharu, kes keseluruhan kini mencecah 1,296,527 dengan kadar jangkitan meningkat daripada 0.6 peratus kepada 1.3 peratus.

Negara itu setakat ini melaporkan 28,941 kematian berkaitan Covid-19.

Menurut Umar, kira-kira 70 juta daripada 210 juta rakyatnya telah lengkap divaksin.

– Bernama

Tags: Covid-19

Continue Reading

Previous: Apple syarikat pertama bernilai AS$3 trilion
Next: Ribuan protes rampasan kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.