Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakar ulas gempa kuat di Jepun, gesa waspada terhadap gempa lebih besar
  • GLOBAL

Pakar ulas gempa kuat di Jepun, gesa waspada terhadap gempa lebih besar

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAK buku dan dokumen yang jatuh semasa gempa bumi dilihat di biro Hakodate Kyodo News di Hakodate, Hokkaido, Jepun, 8 Disember 2025 dalam foto yang diambil oleh Kyodo ini.

TOKYO: Beberapa pakar memberikan pandangan mengenai gempa bumi kuat yang melanda Jepun pada malam Isnin yang mencetuskan tsunami di sepanjang pantai Pasifik di timur laut negara itu, sambil menyeru orang ramai supaya kekal berwaspada terhadap gegaran susulan yang lebih kuat.

Yoshihiro Hiramatsu, profesor di Universiti Kanazawa dan pakar kajian gempa bumi, berkata gempa terbaru itu mungkin berpunca daripada bahagian plat tektonik yang belum pecah ketika gempa besar bermagnitud 9.0 yang melanda kawasan sama pada 2011.

“Berdasarkan kedalaman pusat gempa dan sudut sesaran, dipercayai ia berlaku di kawasan sempadan apabila plat sebelah lautan menyusup ke bawah plat sebelah daratan yang menampung kepulauan Jepun,” katanya.

Beliau berkata ini boleh digambarkan sebagai gempa akibat plat yang belum pecah kerana gempa Isnin itu berlaku di sebelah utara kawasan asal gempa 11 Mac 2011.

Sambil menyatakan bahawa gempa bermagnitud lapan atau lebih besar pernah berlaku di rantau itu sebelum ini, termasuk pada 1968 di luar pantai Tokachi, Hokkaido, beliau menggesa orang ramai terus berhati-hati.

Hiramatsu berkata gempa terbaru itu mungkin telah mengalihkan keseimbangan bawah tanah, sekali gus mungkin menyediakan keadaan bagi berlakunya gempa lebih besar.

Takuya Nishimura, profesor di Institut Penyelidikan Pencegahan Bencana Universiti Kyoto, berkata tiada keraguan bahawa gempa itu merupakan gempa zon subduksi, iaitu yang berlaku di sempadan antara dua plat di Pasifik.

Beliau berkata gegaran kuat dirasai kerana gempa itu berlaku berhampiran daratan walaupun berpusat jauh di bawah permukaan.

Hiroaki Takahashi, profesor kajian gempa bumi di Universiti Hokkaido, turut berpendapat pergerakan plat tektonik mencetuskan gempa tersebut, sambil menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap ombak tsunami dan gegaran kuat buat sementara waktu. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 7.6 landa utara, Timur Laut Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Next: Gempa magnitud 7.5 di Jepun: 30 cedera, kerajaan keluar amaran gempa lebih kuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.