Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pakar digesa kemukakan cadangan bendung masalah pendengaran
  • TEMPATAN

Pakar digesa kemukakan cadangan bendung masalah pendengaran

Utusan Sarawak 2 years ago

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian

KUCHING: Pakar pendengaran atau audiologis digesa mengemukakan cadangan kepada penggubal dasar yang dapat membantu melindungi orang ramai daripada kehilangan pendengaran.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peraturan atau dasar baharu seperti itu.

“Ketika ini, apakah dasar kita (untuk mencegah hilang pendengaran)?

“Oleh itu saya menggalakkan golongan profesional daripada sektor awam dan swasta untuk bekerjasama dan mengemukakan cadangan kepada penggubal dasar,” ujarnya

Pada masa sama, beliau berkata,  Kerajaan Sarawak komited membantu orang ramai terutama kanak-kanak di negeri ini yang mengalami masalah pendengaran.

“Kanak-kanak yang menjalani pembedahan kini mula menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan dan bertindak balas dengan baik.

“Mereka mula menunjukkan tindak balas terhadap bunyi, mula bercakap, menghasilkan vokal serta sentiasa menjalani jadual susulan pendengaran dan pemulihan pertuturan di kawasan masing-masing.

“Malah Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah meluluskan lapan implan koklea dan dua implan Auditory Brainstem (ABI) untuk lapan kanak-kanak dan remaja, dengan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan sebanyak RM620,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Karnival Saringan dan Kesihatan Pendengaran, Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Sarawak 2023 di Pasar Raya Farley di sini, semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendedahkan beliau adalah antara yang terdedah kepada bunyi bising daripada persembahan mercun serta tarian singa.

“Negara perlu mempunyai dasar untuk membantu individu yang terdedah kepada bunyi bising seperti di tempat kerja atau dalam industri hiburan. 

“Mujur saya ada jam tangan pintar yang telah menyedarkan saya untuk berada pada jarak jauh.

“Meskipun mempunyai peringatan daripada jam tangan pintar untuk memaklumkan mengenai bunyi kuat, masih ada keperluan untuk membuat dasar bagi mencegah kehilangan pendengaran.

Oleh AzreenKeria
  

Continue Reading

Previous: Keseimbangan perwakilan, meritokrasi  dalam pengambilan penjawat awam
Next: Rabies: Anjing peliharaan harus disuntik vaksin anti-rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.