Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pakan Agrofest 2025 sasar 5,000 pengunjung, jualan RM150,000
  • TEMPATAN

Pakan Agrofest 2025 sasar 5,000 pengunjung, jualan RM150,000

Utusan Sarawak 1 day ago
CENDERAMATA…..Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom menyerahkan cenderamata kepada Menteri Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.

PAKAN: Pakan Agrofest 2025 mensasarkan seramai 5,000 pengunjung dengan sasaran jualan RM150,000. 

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pada Pakan Agrofest 2023, seramai 4,753 orang pengunjung hadir dengan dengan hasil jualan sebanyak RM139,641.50

“Agrofest bukan sahaja menjadi platform penting bagi mempamerkan hasil dan inovasi tempatan, malah turut menggalakkan penglibatan golongan belia, usahawan tani dan komuniti setempat dalam bidang agro-industri. 

“Inisiatif sebegini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat dan sekuriti makanan negeri, katanya ketika berucap pada majlis penangguhan Pakan Agrofest 2025, hari ini. 

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan berkata, Pakan juga tidak tinggal dari segi kemajuan pertanian. 

“Pada tahun lepas, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah mensasarkan penanaman kelapa sawit dengan keluasan dianggarkan sebanyak 1,500 hektar (ha). 

“Pada tahun lepas, fasa pertama telah dibangunkan seluas 361 ha di Ulu Wak Pakan.

“Pakan juga terkenal dengan hasil sayur dan buah. Salah satu produk sayur yang terkenal dari Daerah Pakan adalah ‘kasam ensabi’ dan produk buah-buahan,” katanya. 

Tambahnya, beliau percaya aktiviti pertanian akan berkembang dengan lebih pesat di kawasan Pakan dengan adanya jaringan jalan raya yang telah menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar. 

Hadir bagi merasmikan majlis penangguhan Pakan Agrofest 2025 ialah Menteri Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom. 

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datu Sirai Daha, Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chungat dan Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong.

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lestarikan warisan budaya melalui kraf tangan ‘tali ujan’
Next: Peranan PIBG penting tingkatkan mutu pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.