Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pakaian ditemui dalam operasi mencari warga emas hilang di Ulu Skrang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pakaian ditemui dalam operasi mencari warga emas hilang di Ulu Skrang

Utusan Sarawak 4 days ago

SAR hari pertama menemukan sehelai pakaian dalam dipercayai milik mangsa sekitar 500 meter dari PKB. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Operasi mencari seorang wanita warga emas yang hilang di kawasan hutan Nanga Buai Padeh, Ulu Skrang menemui petunjuk baharu apabila pasukan penyelamat menemukan sehelai pakaian dalam dipercayai milik mangsa sekitar 500 meter dari pos kawalan bomba (PKB).

Mangsa, Rumai Jantin, 75, dilaporkan keluar ke belakang rumah panjang pada petang semalam sekitar 6.15 petang dan tidak kembali sehingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga sebelum laporan kehilangan dibuat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan oleh pasukan bomba dengan kerjasama pelbagai agensi.

Pada hari pertama operasi hari ini, pencarian difokuskan di kawasan anak Sungai Tebelian serta radius satu kilometer dari rumah panjang.

Walaupun penemuan pakaian tersebut memberi sedikit petunjuk, sehingga 6.00 petang tadi mangsa masih gagal ditemui dan operasi ditangguhkan sementara sebelum diteruskan semula pada esok pagi.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Yusuf Tamin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dengan kekuatan enam anggota serta bantuan sebuah jentera EMRS dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Turut sama membantu ialah pasukan anjing pengesan K9 Daisy, bersama empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lebih 30 penduduk kampung.

Setakat ini, status mangsa masih belum diketahui, namun usaha pencarian giat diteruskan dengan harapan membawa perkembangan positif pada hari seterusnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Karnival Kesihatan Bintulu 2025 tawar pemeriksaan percuma, aktiviti interaktif
Next: KEMAS perkasa semangat patriotik kanak-kanak melalui pertandingan foto kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.