Paip pecah di Loji Rawatan Air Trusan jejas bekalan air di Lawas

Facebook
WhatsApp
PECAH BERBAHAYA… Paip pada pam air mentah pecah dan berbahaya untuk dibaiki malam tadi.  

LAWAS: Bekalan air di Daerah Lawas mengalami gangguan susulan kejadian paip pecah pada pam air mentah di Muka Sauk (intake) Loji Rawatan Air Trusan pada malam Jumaat.

Menurut notis pemberitahuan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Limbang, kerja-kerja membaik pulih terpaksa dijalankan pada hari ini atas faktor keselamatan dan akan diteruskan sehingga selesai.

Sehubungan itu, loji rawatan air beroperasi pada separuh kapasiti buat sementara waktu.

Kawasan yang terjejas meliputi seluruh Daerah Lawas, kecuali Jalan Punang, Kuala Lawas dan Merapok.

Oleh Adeng Edrus