Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padini mulakan semakan dalaman berhubung pembekuan akaun oleh SPRM
  • JENAYAH

Padini mulakan semakan dalaman berhubung pembekuan akaun oleh SPRM

Utusan Sarawak 4 hours ago
PADINI mulakan semakan dalaman berhubung pembekuan akaun oleh SPRM.

KUALA LUMPUR: Peruncit pakaian, Padini Holdings Bhd telah memulakan semakan dalaman bagi menilai keadaan berhubung pembekuan beberapa akaun bank yang dikenal pasti milik syarikat dan anak syarikatnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan berdasarkan maklumat yang ada setakat ini, perintah berkenaan dikeluarkan oleh SPRM berhubung siasatan yang sedang dijalankan melibatkan beberapa pihak ketiga luar kumpulan, yang bukan pekerja, pegawai atau sebahagian daripada pengurusan syarikat.

“Syarikat ingin menegaskan bahawa berdasarkan maklumat semasa, kami tidak mengetahui sebarang dakwaan atau salah laku di pihak syarikat dan memahami bahawa pembekuan akaun tersebut merupakan satu prosedur yang diambil dalam perjalanan siasatan,” menurut kenyataan itu.

Padini memaklumkan pihaknya telah melantik penasihat undang-undang luar bagi memberikan nasihat berhubung perkara tersebut serta sedang mengambil langkah-langkah yang perlu, termasuk memohon relif sewajarnya bagi tujuan penyahbekuan akaun yang terlibat.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa operasi harian kumpulan kekal berfungsi seperti biasa tanpa sebarang gangguan, dengan perniagaan diteruskan seperti biasa.

Padini memaklumkan syarikat akan memberikan kemas kini lanjut dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perkembangan material.

Dalam masa yang sama, syarikat menegaskan komitmen untuk terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan serta memastikan ketelusan sepanjang proses siasatan.

Semalam, Padini dalam makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa SPRM telah membekukan beberapa akaun bank yang dikenal pasti milik syarikat dan anak syarikatnya di bawah satu perintah yang dikeluarkan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga wanita antara empat individu positif dadah diselamatkan dalam Op Cegah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.