Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah terlibat dadah, pemuda ditahan di Kampung Tanjung Saratok
  • JENAYAH

Padah terlibat dadah, pemuda ditahan di Kampung Tanjung Saratok

Utusan Sarawak 5 hours ago
DSP Mathew Manggie. Foto IPD Saratok

SARATOK: Tindakan pantas polis hasil maklumat orang awam berjaya melumpuhkan aktiviti penyalahgunaan dadah apabila seorang lelaki tempatan ditahan dalam satu serbuan di Kampung Tanjung Saratok, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan itu dilakukan oleh pasukan Pasukan Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kira-kira 3.00 petang.

Menurut beliau, serbuan berkenaan dijalankan selepas pihak polis menerima maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan terbabit sebelum sepasukan anggota yang diketuai oleh Sub Inspektor Engelbert digerakkan ke lokasi kejadian.

SEORANG lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan polis selepas dilaporkan menjalankan aktiviti penyalahgunaan dadah di Kampung Tanjung Saratok, petang semalam. Foto IPD Saratok

“Hasil serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Tanjung Saratok, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun tanpa sebarang halangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

DSP Mathew Manggie turut memaklumkan bahawa walaupun suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, keputusan ujian saringan mengesahkan penglibatan suspek dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihak polis merakamkan penghargaan kepada orang awam yang terus menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama dalam usaha membanteras gejala dadah demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah 
Next: Gagal patuhi syarat perlesenan, bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.