Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Padah sambar beg berisi RM1,500 di Daro, lelaki dipenjara lapan bulan
  • Tengah
  • WILAYAH

Padah sambar beg berisi RM1,500 di Daro, lelaki dipenjara lapan bulan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana mencuri beg silang berisi wang tunai RM1,500 dan dokumen peribadi di sebuah kedai perabot di Jalan Central, Pasar Daro pada 13 Februari lalu. (Kredit foto: PDRM)

DARO: Tindakan berani seorang lelaki menyambar beg silang berisi wang tunai RM1,500 dan dokumen peribadi di sebuah kedai perabot akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sarikei, hari ini.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos berkata, tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dalam bangunan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan pada 13 Februari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro selepas dipercayai terbabit dalam kejadian di sebuah kedai perabot di Jalan Central, Pasar Daro.

“Ketika kejadian, pemilik kedai berada di bahagian belakang premis sebelum suspek dipercayai masuk ke kaunter dan melarikan beg silang yang disimpan dalam kabinet.

“Hasil tangkapan dibuat, semua barangan termasuk wang tunai RM1,500 dan dokumen peribadi berjaya dirampas semula di kediaman suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Rahim berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Tertuduh dituduh di Mahkamah Sarikei hari ini dan mengaku bersalah sebelum dijatuhi hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh hukuman.

“Tertuduh kini menjalani hukuman di Penjara Sibu,” katanya.

Sementara itu, Rahim menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak meninggalkan barangan berharga tanpa pengawasan bagi mengelakkan kejadian jenayah seumpama itu berulang.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Masjid Al-Jabbar Sepupok sasar lengkapkan keperluan jemaah
Next: Warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat di Sebuyau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.