Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah jadi ejen judi dalam talian, buruh ditahan polis di Sungai Pasir Kabong
  • JENAYAH

Padah jadi ejen judi dalam talian, buruh ditahan polis di Sungai Pasir Kabong

Utusan Sarawak 3 hours ago
LELAKI tempatan diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian haram dalam Op Dadu yang dijalankan di sekitar kawasan Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Kegiatan seorang buruh yang cuba meraih pendapatan sampingan dengan menjadi ejen jualan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila ditahan polis dalam satu serbuan di pondok Jalan Roban-Kabong, semalam.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan tangkapan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di bawah Op Dadu.

​Serbuan yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji itu dilakukan kira-kira 5.25 petang. Bertindak atas maklumat risikan, pihak polis telah menyerbu pondok di jalan utama tersebut dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

​”Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti jualan tambah nilai judi dalam talian di sekitar Simpang Sungai Pasir, Kabong sejak seminggu yang lalu,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

LELAKI tempatan diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian haram dalam Op Dadu yang dijalankan di sekitar kawasan Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

​Pihak polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti haram tersebut, antaranya satu unit telefon bimbit jenama Infinix Smart 10 dan wang tunai berjumlah RM40.

​Siasatan mendapati suspek menyasarkan pelanggan yang melalui jalan Sungai Pasir serta penduduk setempat sebagai pelanggan tetapnya.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

​Pihak polis menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti perjudian haram yang boleh merosakkan institusi keluarga dan keharmonian masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki disyaki terlibat perjudian ditahan di Jalan KJD Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.