Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah gagal jawab panggilan telefon, nelayan belasah adik kandung di kilang sawit
  • JENAYAH

Padah gagal jawab panggilan telefon, nelayan belasah adik kandung di kilang sawit

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai mencederakan adik kandungnya dalam kejadian di sebuah kilang sawit di Sessang, Roban, Kabong. Foto IPD Saratok

SARATOK: Hanya kerana berang panggilan telefonnya tidak dijawab, seorang nelayan tergamak bertindak agresif dengan memukul, menendang dan menolak adik kandungnya ke dinding dalam satu kejadian di sebuah kilang kelapa sawit di Sessang, Roban, semalam.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku di kabin kaunter timbang dan bayaran Kilang Sawit Sessang apabila mangsa yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kerani di kilang tersebut didatangi oleh abang kandungnya.

“Suspek yang berusia 32 tahun itu kemudiannya bertindak memarahi mangsa sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka. 

“Berang dengan situasi berkenaan, suspek bertindak di luar kawalan dengan menampar muka, menendang serta menolak mangsa ke dinding, disaksikan oleh seorang pekerja kilang serta beberapa pelanggan yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DSP Mathew berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kabong kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya. 

Menurut mangsa, suspek sering bersikap agresif dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

​Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok telah melancarkan serbuan dan berjaya menahan suspek di kawasan Taman Permainan Tanjung Kembang, Kabong pada hari yang sama.

​Hasil siasatan lanjut mendedahkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39A(2), Seksyen 6, dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Suspek juga telah membuat pengakuan penuh berhubung tindakan kasarnya terhadap mangsa,” ujarnya.

​Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT). 

“Siasatan menyeluruh telah selesai dijalankan susulan penangkapan suspek,” tambah DSP Mathew.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sindiket curi kabel utiliti bernilai tinggi tumpas, empat lelaki diheret ke mahkamah
Next: Warga asing ditahan bersama syabu bernilai RM3,200 di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.