Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah curi paip tembaga, lelaki dicekup
  • JENAYAH

Padah curi paip tembaga, lelaki dicekup

Utusan Sarawak 3 hours ago
DIRAMPAS…Barang yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Tindakan seorang lelaki tempatan mencuri paip tembaga di kawasan halaman rumah membawa padah apabila dia diberkas polis dalam satu operasi di sini, semalam.

Suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Balai Polis Pusat Miri yang diketuai ASP Goldy Jangan sekitar 3.30 petang di hadapan Petronas Jalan Desa Senadin.

Ketua Polis Daerah , ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat awam berhubung kegiatan kecurian di kawasan Piasau Garden.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa batang paip tembaga yang dipercayai dicuri,” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di laman Facebook Polis Daerah Miri.

Menurut beliau, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Enam individu termasuk wanita diperintah jalani pemulihan dadah selama dua tahun
Next: Tiga lelaki ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.