Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah curi mesin pencuci tekanan, wanita dicekup polis
  • JENAYAH

Padah curi mesin pencuci tekanan, wanita dicekup polis

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITAHAN…Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

MIRI: Tindakan seorang wanita tempatan mencuri sebuah mesin pencuci tekanan membawa padah apabila dia diberkas polis dalam satu operasi di sini, semalam.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian satu unit mesin pencuci tekanan di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 2 Februari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

DIRAMPAS…Seunit mesin pencuci tekanan yang disyaki dicuri suspek dirampas semula. 

“Barang yang dicuri dianggarkan bernilai RM250 dan hasil siasatan lanjut, pihak polis berjaya menemui semula mesin pencuci tekanan itu di rumah suspek,” katanya menerusi hantaran di Facebook Polis Daerah Miri malam tadi.

Suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut dan siasatan masih diteruskan.

Mohd Farhan turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan harta benda, khususnya di premis perniagaan.

“Pastikan kedai atau premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan segera laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis bagi membantu mencegah kejadian jenayah,” katanya.

Oleh Liong Chai ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan atas kesalahan dadah
Next: 18 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.