Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pacuan empat roda terjunam ke sungai
  • KEMALANGAN

Pacuan empat roda terjunam ke sungai

Utusan Sarawak 21 hours ago
PPDA melakukan selaman malam bagi mengesan kenderaan yang dilaporkan terjunam ke dalam Sungai Sarawak berhampiran Jambatan Tun Salahudin, Kuching, semalam. Foto JPBM Sarawak

KUCHING: Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) dilaporkan terjunam ke dalam Sungai Sarawak dari Jambatan Tun Salahudin, malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.07 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya tiba di lokasi empat minit kemudian.

Komander Operasi, PBK II Syamsyul Mustapha bersama pasukan penyelamat melaksanakan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian yang berada kira-kira empat kilometer (km) dari balai.

Siasatan awal berdasarkan keterangan saksi mendapati, sebuah kenderaan (4×4) dilihat berada dalam keadaan statik menghala ke arah sungai selama lebih kurang 30 minit sebelum secara tiba-tiba bergerak sendiri dan terjunam ke dalam sungai.

Saksi turut memaklumkan kenderaan berkenaan sempat tersangkut seketika pada bahagian rangka besi jambatan sebelum jatuh sepenuhnya ke dalam sungai.

Identiti kenderaan dan jumlah mangsa masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Seramai 18 anggota termasuk beberapa pegawai kanan JBPM berada di lokasi. 

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah melakukan dua kali selaman sekitar 1.34 pagi, dengan anggaran kedalaman 5.7 meter, namun tiada penemuan dibuat.

Hasil perbincangan bersama agensi-agensi lain, operasi ditangguhkan dan akan disambung semula pagi hari ini.

Amanda L

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan Trak FRU: Penghormatan terakhir untuk semua mangsa selesai
Next: Mayat mangsa pacuan empat roda terjunam sungai berjaya ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.