Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pacuan empat roda kemalangan kendiri di Jalan Kuching-Serian
  • KEMALANGAN

Pacuan empat roda kemalangan kendiri di Jalan Kuching-Serian

Utusan Sarawak 4 days ago
OPERASI pihak bomba menyelamat mangsa kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di simpang Kampung Tarat, Jalan Kuching-Serian. Foto BBP Serian

SERIAN: Dua lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di simpang Kampung Tarat, Jalan Kuching-Serian pagi ini.

Menurut Komander Operasi PBK I Cristopher, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada 8.57 pagi. 

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dengan kekuatan lapan anggota telah digerakkan ke lokasi sejauh 8.7 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Tambah beliau, seorang mangsa lelaki dewasa perlu dibantu keluar dari kenderaan manakala seorang lagi berjaya keluar sendiri.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Serian menggunakan jentera EMRS BBP Serian untuk rawatan lanjut.

“Tiada mangsa tersepit dalam kejadian tersebut, dan pasukan bomba kemudiannya bertolak balik ke balai setelah semua tindakan selesai,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Bomba bantu wanita tanggalkan cincin tersekat di jari
Next: Wanita maut motosikal hilang kawalan di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.