Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pacu aktiviti ekonomi, sosial
  • TEMPATAN

Pacu aktiviti ekonomi, sosial

Utusan Sarawak 4 years ago
KEMUDAHAN RAKYAT… Dato Sri Fatimah Abdullah dan tetamu meninjau kemajuan projek di Jalan Tanam-Medong di Kampung Tanam Seberang di Dalat, semalam.

DALAT: Kampung Balan Seberang yang berada kira-kira 8 kilometer dari Pekan Dalat akan dihubungi dengan jalan raya dalam masa yang terdekat ini.

Ia berikutan projek pembinaan jalan sepanjang satu kilometer dari  kampung jiran di sebelah ulu, Kampung Tanam Seberang menghala ke kampung tersebut  yang juga berada di sepanjang Batang Oya.

Jalan yang bakal dibina itu adalah sambungan kepada Jalan Kampung Medong-Tanam yang  melewati beberapa kampung  di seberang Pekan Dalat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah baru-baru ini telah melawat ke tapak projek yang amat didambakan penduduk tempatan berkenaan.

Beliau, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, ditemani oleh Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh dan Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Bahagian Mukah, Abdul Talib Jarni pada pemantauan berkenaan.

Adalah difahamkan  Kampung Balan mempunyai 11 rumah yang dihuni oleh 20 keluarga yang terdiri daripada lebih 80 penduduk.

Aktiviti utama mereka ialah nelayan sungai dan petani dan kini mereka bergantung kepada pengangkutan sungai, termasuk bagi anak-anak mereka yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Balan yang berada di seberang sungai.

Justeru, dengan adanya jalan pemacuan atau spur road yang bernilai RM7 juta ini, mereka tidak perlu mengharungi bahaya terutama musim tengkujuh yang mana arus sungai adalah sangat deras  pada masa itu dan boleh membahayakan mereka yang mengguna perahu.

Selain itu, kemunculan buaya di Batang Oya semenjak beberapa tahun yang lalu juga menambahkan kerisauan penduduk yang bergantung dengan pengangkutan sungai.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Sarawak komited bantu negara jiran
Next: Fokus kesejahteraan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.