Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pacquiao pertimbang pertarungan dengan McGregor
  • SUKAN

Pacquiao pertimbang pertarungan dengan McGregor

Utusan Sarawak 5 years ago

(FILES) In this file photo taken on July 20, 2019 Manny Pacquiao celebrates his split-decision victory over Keith Thurman in their WBA welterweight title fight at MGM Grand Garden Arena on in Las Vegas, Nevada. - Manny Pacquiao is mulling a possible fight with Irish mixed martial arts star Conor McGregor as he plots his return to the ring, representatives for the Filipino boxing icon told AFP on September 25, 2020. (Photo by Ethan Miller / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

GAMBAR fail yang diambil p ada 20 Julai 2019, Manny Pacquiao meraikan kemenangan selepas menewaskan Keith Thurman dalam pertarungan gelaran kelas welter WBA mereka di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, Nevada. • Foto AFP

MANNY Pacquiao sedang mempertimbangkan pertarungan dengan bintang seni mempertahankan diri campuran dari Ireland, Conor McGregor ketika dia merancang kembali ke gelanggang, kata wakil ikon tinju Filipina kepada AFP  Jumaat lalu.

Presiden Manny Pacquiao Promotions, Sean Gibbons mengatakan kepada AFP dalam e-mel bahawa pertarungan antara juara dunia divisyen lapan itu dan McGregor akan menjadi  satu acara global yang luar biasa.

Pacquiao, 41, tidak bertarung sejak memenangi tali pingang kelas Welter Persekutuan Tinju Antarabangsa (WBA) dengan kemenangan yang menankjubkan ke atas Keith Thurman di Las Vegas pada Julai tahun lalu.

Pertarungan menentang McGregor yang pernah bertarung menentang raja kelas welter Floyd Mayweather pada 2017 pasti menjajnikan pendapatan lumayan bagi Pacquiao.

Pacquiao telah berjaya menggabungkan kerjaya politiknya di Filipina, di mana dia adalah senator yang dilantik, sambil terus bertinju di peringkat tertinggi.

Gibbons mengatakan bahawa kedua-dua kem bintang itu masih jauh daripada persetujuan untuk sebuah pertarungan namun ia merupakan salah satu pertarungan yang dipertimbangkan oleh senator itu untuk kembalinya ke gelangang pada 2020.

“Idea ini telah diajukan beberapa kali untuk Senator Pacquiao dan Conor McGregor,” kata Gibbons, sambil menambahkan bahawa McGregor telah membuktikan dalam pertarungannya dengan Mayweather dia mampu mencabar “petinju terbaik di dunia.”

Awal Jumaat lalu, McGregor, yang memiliki sejarah panjang membuat tuntutan luar biasa di media sosial, telah mengatakan di Twitter dia “bertinju berikutnya dengan Manny Pacquiao di Timur Tengah.”

“Ini akan menjadi penghormatan sejati apabila menghadapi dua petinju terhebat di era moden,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai satu oleh ESPN, pengurus McGregor, Audie Attar mengatakan bahawa perbincangan serius mengenai pertarungan Pacquiao sedang berlangsung, dengan kemungkinan tarikh ditetapkan pada Disember atau Januari dan lokasi di Timur Tengah turut dipertimbangkan. AFP

Continue Reading

Previous: JDT kempunan raikan kejuaraan awal
Next: Kemenangan ke atas PDRM ubati duka TFC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.