Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PAC Sarawak tinjau projek pelancongan di Pantai Tusan
  • Utara
  • WILAYAH

PAC Sarawak tinjau projek pelancongan di Pantai Tusan

Utusan Sarawak 18 hours ago

PENGERUSI PAC Sarawak, Razaili Gapor bersama delegasi yang mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan di Pantai Tusan, Bekenu, semalam.

MIRI: Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan di Pantai Tusan, Bekenu, semalam.

Lawatan penilaian itu diketuai oleh Pengerusi PAC Sarawak, Razaili Gapor, bagi menilai kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah dilaksanakan, susulan dapatan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2.

Di tapak projek, PAC turut menilai secara langsung keberkesanan pelaksanaan projek mengikut skop yang diluluskan.

Setiausaha Majlis Daerah Subis (MDS), Stella Jelica Joseph, memberikan taklimat mengenai status fizikal projek dan kualiti pelaksanaan, termasuk maklum balas daripada pihak pelaksana.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan PAC Sarawak dalam memantau pelaksanaan projek kerajaan, selain memastikan manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat dan pembangunan sektor pelancongan negeri.

Turut hadir ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Batu Lintang See Chee How, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, serta Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Desmond Douglas Jerukan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 anggota polis sertai program derma darah sempena Hari Polis ke-218
Next: Pokok tumbang halang Jalan Kampung Menuang, APM bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.