Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • OSEIC Sarawak: Lebih 670 kanak-kanak telah didaftarkan
  • TEMPATAN

OSEIC Sarawak: Lebih 670 kanak-kanak telah didaftarkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN…Datuk Rosey Yunus bergambar bersama yang lain ketika mengadakan lawatan ke OSEIC Miri hari ini.

MIRI: Sejak dilancarkan secara rasmi pada 30 Oktober 2020, Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Sarawak telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa.

Sehingga 30 April 2025, seramai 618 kanak-kanak telah didaftarkan di OSEIC Matang, manakala 55 kanak-kanak telah didaftarkan di OSEIC Dalat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, majoriti daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami Autisme Spektrum (ASD) dan kelewatan pertuturan.

Sementara itu, OSEIC Miri kini merekodkan seramai 68 kanak-kanak dalam senarai menunggu, merangkumi 33 daripada kumpulan B40, 20 daripada kumpulan M40 dan 15 daripada kumpulan T20.

“Kerajaan Sarawak juga menekankan sokongan menyeluruh kepada keluarga melalui program advokasi dan latihan kepada ibu bapa agar lebih bersedia dari segi emosi, pengetahuan dan kemahiran untuk mendidik anak-anak berkeperluan khas.

“Isu pemakanan juga tidak dipinggirkan, sejak 2023, kementerian telah menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan sesi dialog berfokuskan pemakanan kanak-kanak berkeperluan khas bersama ibu bapa dan pendidik prasekolah.

“Pemakanan yang baik adalah penting dalam menyokong perkembangan fizikal, emosi dan kognitif kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, selain itu, dasar ‘pintu terbuka’ juga telah diperkenalkan di pusat SeDidik serta beberapa pusat swasta, bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat akses pendidikan yang setara.

“Saya akui bahawa pelaksanaan dasar ini bukan tanpa cabaran, terutamanya kepada pendidik dan pengusaha pusat.

“Namun begitu, saya percaya dengan kerjasama erat daripada semua pihak, segala isu yang timbul dapat ditangani secara bersama,” ujarnya lagi.
Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang bina tujuh lagi OSEIC menjelang 2030
Next: MPOGCF, SOP meterai MoU pulihara sawit dan biodiversiti mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.