PEMAIN pilihan keempat Naomi Osaka mengatasi pemain bukan pilihan Shelby Rogers dalam set straight untuk mara ke separuh akhir Terbuka AS semalam dan menyatakannya sebagai “balas dendam” atas kekalahan sebelumnya.
Juara Terbuka AS 2018 dari Jepun ity mengetepikan pemain Amerika berusia 27 tahun, 6-3, 6-4, dalam 1 jam 20 minit di Stadium Arthur Ashe.
Osaka, 22, akan menentang pemain pilihan ke-28 dari Amerika, Jennifer Brady pada Jumaat untuk merebut tempat di final.
Walaupun menghadapi perlawanan suku akhir sebagai pilihan, pemain nombor sembilan dunia, Osaka berkata dia tidak sabar untuk bermain dengan Rogers, ranking ke-93 selepas dia gagal mengalahkannya dalam tiga perlawanan sebelum ini.
“Secara jujur, saya hanya merasa dia berada di atas kerana saya tidak pernah mengalahkannya,” kata Osaka.
“Dan kenangan itu tersekat di kepala saya, jadi saya menganggap ini sebagai sedikit balas dendam,” tambahnya.
Osaka berkata kekalahan kepada Rogers pada tahun 2017 di gelangang tanah liat di Charleston telah meninggalkan “rasa yang sangat buruk di mulut saya.”
“Saya sangat gembira kerana saya dapat memiliki sikap positif yang jauh lebih baik hari ini,” jelasnya.
Brady, 25, sebelumnya mengalahkan pemain pilihan ke-23, Yulia Putintseva dari Kazakhstan 6-3, 6-2.
Osaka, keturunan Haiti dan Jepun, masuk ke gelanggang dengan memakai topeng muka yang dihiasi dengan nama George Floyd, lelaki kulit hitam tanpa senjata mati ketika ditahan polis pada Mei sehingga kematiannya mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh Amerika
Juara Terbuka Australia 2019 memakai topeng yang berbeza untuk menghormati mangsa ketidakadilan kaum dan kekejaman polis sepanjang kejohanan.
Dia sudah mengenakan penutup muka dengan nama Breonna Taylor, Elijah McClain, Ahmaud Arbery dan Trayvon Martin. – AFP