Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Orkim akan beli kapal Rich Sunda berharga RM97 juta
  • BISNES

Orkim akan beli kapal Rich Sunda berharga RM97 juta

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANTARA kapal yang dimiliki Orkim Bhd.

KUALA LUMPUR: Orkim Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Orkim Wisdom Sdn Bhd memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Wealth Sail Shipping Pte Ltd untuk membeli Rich Sunda, kapal IMO Type II dengan harga RM97.0 juta (AS$24.2 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, operator kapal terkemuka negara itu berkata cadangan itu akan membolehkan Orkim Wisdom membeli kapal berkenaan tanpa sebarang hutang, bebanan, gadai janji dan lien maritim.

Penjual juga akan membayar ganti rugi kepada pembeli terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada liabiliti sebelum penyerahan, dan syarikat akan menjalankan pemeriksaan fizikal serta penilaian ke atas kapal bagi memastikan kecekapan operasi sebelum urus niaga dimuktamadkan.

Pada masa ini, perniagaan perkapalan Orkim mengendalikan sebanyak 18 kapal, yang terdiri daripada 16 kapal produk petroleum bersih (CPP) dan dua kapal gas petroleum cecair (LPG), dengan jumlah kapasiti muatan sebanyak 239,186 berat mati tan (DWT).

“Cadangan pembelian itu selaras dengan strategi berterusan kumpulan untuk mengembangkan kumpulan kapal dan program naik taraf kapal yang sedang dijalankan.

“Pembelian kapal IMO Type II akan meningkatkan fleksibiliti operasi kumpulan berikutan kapal itu mampu mengangkut kedua-dua kargo CPP dan bahan kimia sekali gus memperluas tawaran perkhidmatan dan capaian pasaran kumpulan,” katanya.

Langkah itu juga dijangka mengukuhkan operasi perkapalan kumpulan melalui peningkatan kapasiti kumpulan kapal sekali gus meningkatkan keupayaan operasi, kebolehpercayaan perkhidmatan dan kemampuan untuk menambah peluang sewaan tambahan dalam segmen ini.

Cadangan pembelian itu juga akan meningkatkan fleksibiliti operasi kumpulan, membolehkan pengangkutan kargo CPP dan bahan kimia di samping menyokong penglibatan lebih luas dalam segmen kargo yang bersesuaian seperti minyak sawit.

“Lembaga pengarah berpandangan bahawa cadangan itu dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi kewangan kumpulan pada masa depan serta meningkatkan nilai kepada pemegang saham,” kata syarikat itu.

Tanpa mengambil kira sebarang keadaan luar jangka, cadangan pembelian itu dijangka siap menjelang suku kedua 2026.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Rusia larang eksport petrol mulai 1 April, stabilkan pasaran domestik
Next: Ringgit dibuka catat peningkatan semula sederhana berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.