Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ordinan Buruh Sarawak lindungi semua pekerja tanpa had gaji
  • SEMASA

Ordinan Buruh Sarawak lindungi semua pekerja tanpa had gaji

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Pekerja di Sarawak menerima hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Pekerja 2025 apabila Ordinan Buruh Sarawak (SLO) yang dipinda secara menyeluruh mula berkuat kuasa hari ini, selepas penantian selama dua dekad.

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak, Zaidi Nasar, berkata pelaksanaan penuh ordinan yang telah ditambah baik ini menandakan satu detik bersejarah dalam landskap perburuhan negeri, apabila pekerja Sarawak akhirnya menikmati perlindungan dan faedah yang setara dengan rakan sekerja di Semenanjung Malaysia.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menunaikan janji reformasi ini, serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, yang komited memperjuangkan perubahan ini meskipun baru memegang portfolio berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Galawat Gala atas sokongan berterusan mereka terhadap usaha ini.

Antara pindaan utama yang diperkenalkan termasuk:

  • Cuti paterniti tujuh hari berbayar untuk pekerja lelaki;
  • Lanjutan cuti bersalin kepada 98 hari;
  • Pengurangan had waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam;
  • Perlindungan yang lebih kukuh terhadap pekerja kontrak;
  • Bayaran kerja lebih masa yang selaras dengan kadar di Semenanjung Malaysia;
  • Peraturan keselamatan tempat kerja yang lebih ketat; dan
  • Peluang untuk memohon aturan kerja fleksibel.

Lebih penting lagi, Ordinan Buruh Sarawak kini diperluaskan kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan, termasuk golongan profesional dan eksekutif yang sebelum ini tidak dilindungi.

“Ini adalah hasil usaha bersama antara kepimpinan negara dan gerakan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan keadilan serta kesejahteraan pekerja,” tegas Zaidi.

Beliau menambah bahawa mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan juga telah diperkukuh bagi memastikan majikan mematuhi ordinan baharu ini sepenuhnya dan tanpa kompromi.

“Syabas kepada semua pihak yang mendengar dan bertindak demi kebajikan pekerja Sarawak. Hari ini adalah kemenangan untuk kita semua,” katanya menutup kenyataan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Promosi Lui Cha bukan sekadar makanan, tapi warisan Hakka bernilai
Next: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.