Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Orang utan Tapanuli terancam, banjir dahsyat di Sumatera musnahkan habitat
  • GLOBAL

Orang utan Tapanuli terancam, banjir dahsyat di Sumatera musnahkan habitat

Utusan Sarawak 6 hours ago
ORANG UTAN… Banjir yang melanda Sumatera baru-baru ini memberi kesan dahsyat terhadap spesies orang utan Tapanuli, kera besar paling jarang di dunia, yang jumlahnya kurang daripada 800 ekor.

SUMATERA, Indonesia: Banjir yang melanda Sumatera baru-baru ini memberi kesan dahsyat terhadap spesies orang utan Tapanuli, kera besar paling jarang di dunia, yang jumlahnya kurang daripada 800 ekor. Saintis menyifatkan bencana ini sebagai ‘gangguan tahap kepupusan’, yang menjejaskan habitat dan kelangsungan hidup spesies ini.

Seekor orang utan Tapanuli dipercayai mati ditemui di kawasan Batang Toru, menurut pemuliharaan hidupan liar.

RANGKA orang utan Tapanuli ditemui dalam lumpur di Sumatera, Indonesia.

Pengasas dan pengerusi Pusat Maklumat Orang Utan Indonesia, Panut Hadisiswoyo berkata kehilangan walaupun seekor orang utan adalah tamparan besar kepada kelangsungan spesies ini.

Analisis imej satelit menunjukkan bahawa kawasan Blok Barat, habitat paling padat dihuni antara tiga kawasan orang utan tapanuli, telah terjejas teruk. Saintis menganggarkan antara enam hingga 11 peratus populasi di kawasan itu mungkin telah mati, menjadikan spesies ini lebih terdedah kerana populasi dan kawasan hidupnya yang sempit.

“Kawasan habitat yang rapuh dan sensitif di Blok Barat ini mesti dilindungi sepenuhnya dengan menghentikan semua pembangunan yang merosakkan habitat,” jelasnya.

Imej satelit turut menunjukkan kerosakan besar di pergunungan, termasuk parit sepanjang lebih satu kilometer dan lebar hampir 100 meter.

Arus lumpur, pokok tumbang dan air yang menuruni bukit turut membawa hidupan liar lain, termasuk gajah. Pakar pemantauan jarak jauh, David Gaveau menyifatkan kemusnahan itu sebagai sesuatu yang belum pernah dilihat dalam 20 tahun pemantauannya.

ORANG UTAN… Banjir yang melanda Sumatera baru-baru ini memberi kesan dahsyat terhadap spesies orang utan Tapanuli, kera besar paling jarang di dunia, yang jumlahnya kurang daripada 800 ekor.

Para pakar menggesa penghentian segera semua Pembangunan yang merosakkan habitat, termasuk empangan hidroelektrik dan lombong emas, serta segera melakukan tinjauan di kawasan itu. Mereka juga menyokong pengembangan kawasan dilindungi dan pemulihan hutan tanah rendah.

Kerajaan Indonesia sebelum ini mengakui bahawa ladang industri, hidroelektrik dan perlombongan emas menyumbang kepada tekanan terhadap alam sekitar.

Semua permit operasi projek di kawasan tersebut digantung sementara menunggu semakan. Kajian turut menunjukkan perubahan iklim, termasuk hujan lebat dan laut lebih panas yang memperkuatkan ribut, turut memburukkan keadaan banjir.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi di Jepun serlah keperluan salur maklumat kepada warga asing dengan lebih berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.