Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Orang ramai disaran segera daftar MyDigital ID
  • NASIONAL

Orang ramai disaran segera daftar MyDigital ID

Utusan Sarawak 1 day ago


PUTRAJAYA: Orang ramai disarankan untuk mendaftar MyDigital ID segera bagi memastikan akses kepada dua platform utama kerajaan berjalan lancar apabila kaedah log masuk tunggal  dikuatkuasakan sepenuhnya dalam masa terdekat.

Dua platform berkenaan ialah MyJPJ dan MyBayar PDRM.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Nik Hisham Nik Ibrahim berkata kedua-dua platform berkenaan telah diintegrasikan dengan MyDigital ID, dengan pengguna masih boleh memilih untuk log masuk menggunakan kata laluan sedia ada atau MyDigital ID.

Bagaimanapun, beliau berkata apabila pelaksanaan log masuk tunggal bermula, pengguna dikehendaki untuk log masuk menggunakan MyDigital ID sahaja bagi mengakses perkhidmatan berkenaan manakala pengguna warga asing yang menggunakan MyBayar PDRM, kaedah log masuk sedia ada akan terus digunakan.

“Penggunaan MyDigital IDA sebagai log masuk tunggal menjanjikan satu era baharu pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus. Kami komited untuk memastikan setiap pengguna mendapat kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan tinggi sekali gus mempercepat transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkhidmatan MyJPJ merangkumi urusan semakan kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B, permohonan dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan mata demerit, semakan status senarai hitam, semakan saman, pembayaran sama (kecuali kes senarai hitam) dan e-Aduan.

MyBayar PDRM pula adalah urusan semakan dan pembayaran saman trafik PDRM.

Nik Hisham berkata MyDigital ID mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan telus melalui pangkalan data kerajaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna.

“Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan transaksi digital, malah memastikan pengalaman pengguna yang lebih mudah, lancar dan dipercayai tanpa perlu mengingati pelbagai kata laluan,” katanya.

Selaras dengan komitmen meningkatkan kemudahan pengguna, beliau berkata MyDigital ID juga memperkenalkan ciri baharu iaitu pengesahan biometrik tempatan yang membolehkan pengguna log masuk dengan lebih pantas dan selamat menggunakan cap jari atau pengecaman wajah pada peranti masing-masing.

“Ciri ini amat memudahkan khususnya bagi pengguna yang sering terlupa kata laluan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi MyDigital ID ke versi terbaharu dan membuat tetapan biometrik,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, MyDigital ID telah mencatatkan lebih tiga juta pengguna, dengan lebih 45 platform perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam talian yang telah berintegrasi dengan MyDigital ID.– Bernama

Continue Reading

Previous: Give priority on school safety, not a RM8.4 million Jalur Gemilang badges
Next: Zara Qairina: Media berdaftar perlu diberi akses utama demi laporan tepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.