Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Orang ramai disaran guna perkhidmatan digital JPJ, jimat kos perjalanan
  • SEMASA

Orang ramai disaran guna perkhidmatan digital JPJ, jimat kos perjalanan

Utusan Sarawak 9 hours ago
ORANG ramai disaran guna perkhidmatan digital JPJ, jimat kos perjalanan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melaksanakan urusan tanpa perlu hadir ke kaunter, susulan peningkatan harga minyak ketika ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata, agensi itu mengambil maklum situasi global semasa berkaitan bekalan dan harga pasaran minyak susulan ketegangan berlarutan di Asia Barat, yang memberi tekanan kepada pasaran dunia serta kesan langsung kepada rakyat.

Oleh itu, beliau berkata, pendekatan ‘urusan di hujung jari’ bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah menjadi langkah praktikal yang dapat membantu rakyat menjimatkan kos petrol, mengurangkan masa perjalanan serta mengelakkan kesesakan di pejabat JPJ.

“Untuk makluman, sebanyak 33 urus niaga boleh dilaksanakan melalui portal rasmi JPJ manakala 16 urus niaga lagi boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ. 

“Orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform ini bagi urusan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal,” katanya.

Aedy Fadly berkata, JPJ komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui peluasan penggunaan platform digital selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berintegriti.

“Pendekatan ini bukan sahaja menyokong agenda penjimatan tenaga negara, malah memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, mudah dan mesra rakyat,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari tegaskan jaringan jalan dan tenaga baharu pacu ekonomi Sarawak
Next: Guna media sosial untuk jana pendapatan, bukan sebar fitnah – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.