Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Orang ramai diminta bantu siasatan kematian kanak-kanak di Sibu
  • JENAYAH

Orang ramai diminta bantu siasatan kematian kanak-kanak di Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes kematian seorang kanak-kanak yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran Jalan Wong Soon Kai diminta tampil ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pihak polis menerima laporan mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur dua tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam sebuah longkang berhampiran Jalan Wong Soon Kai pada sekitar 11.09 malam Isnin lalu.

Menurutnya, laporan telah dibuat oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Sibu.

“Mayat mangsa telah ditemui oleh pasukan bomba dalam longkang di lokasi kejadian, sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Semasa tiba di hospital, mangsa berada dalam keadaan basah, pucat dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hayat. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di unit kecemasan, Hospital Sibu,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

KANAK-kanak maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Jalan Pedada, Sibu. Foto PGO

Katanya, berikutan laporan yang diterima, pihak polis telah membuka dua kertas siasatan selari iaitu di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu kerana mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dalam cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi dan siasatan mati mengejut (SDR).

“Bagi seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali jika di sabitkan kesalahan,” tegasnya.

Zulkipli berkata, siasatan lanjut kes ini sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat ASP Mohd Adzmei Ahmad pada talian 019-7192529 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing suami isteri ditahan miliki dadah di Mukah
Next: Polis selesai kes curi kepala paip di Sibu, tiga suspek ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.