
KOTA PADAWAN: Polis Padawan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Kampung Kuang, Batu 21, Jalan Kuching-Serian.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, Balai Polis Beratok menerima laporan kehilangan lelaki itu kira-kira 11.28 pagi semalam.
Beliau berkata, lelaki yang hilang dikenali sebagai Cajetan Vincent, 27, berbangsa Bidayuh, dan kali terakhir dilihat kira-kira 4.00 pagi, Ahad lalu.
Menurutnya, Cajetan dipercayai menunggang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna hitam ungu dengan nombor pendaftaran QCT5240 ketika kali terakhir dilihat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Beratok, Sarjan Mohamad Nayan Harun di talian 011-4065 9077, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mohd Irwan berkata, kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu mengesan lelaki yang dilaporkan hilang itu.
Oleh Connie Chieng