
SIBU: Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen derma darah yang akan diadakan pada Sabtu ini di Wisma Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu, Jalan Alan.
Kempen tersebut dijadualkan bermula 8.30 pagi hingga 1.30 petang, dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) Cawangan Sibu dengan kerjasama Persatuan Penanam Sayur Sibu, Kelab Lions Sibu dan Rejang Medical Centre (RMC).
Penganjuran kempen bertujuan membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Turut akan diadakan kaunter program pemeriksaan kesihatan, ujian gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan telinga kepada orang ramai.
Oleh Akun Giman