
SIBU: Orang ramai dijemput menyertai kempen derma darah anjuran Proton Ngu’s Motor 4S – Sibu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Kempen tersebut akan diadakan di Proton Ngu’s Motor, Jalan Bukit Lima, bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Penganjuran kempen bertujuan untuk membantu pihak Bank Darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman