Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai diingatkan jaga dokumen pengenalan, elak salah guna identiti
  • Tengah
  • WILAYAH

Orang ramai diingatkan jaga dokumen pengenalan, elak salah guna identiti

Utusan Sarawak 3 days ago
 KETUA POLIS DAERAH SIBU…..ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan dokumen pengenalan diri bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan identiti.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, sekiranya berlaku kehilangan dokumen pengenalan diri, orang awam diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pada 12 September lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an yang bekerja sebagai jurujual, berhubung penyalahgunaan kad pengenalannya bagi menuntut bantuan kewangan MyKasih tanpa kebenaran.

“Pada 11 September, mangsa pergi ke sebuah pasar raya di Sibu untuk membeli barangan menggunakan kad pengenalan (MyKasih) bernilai RM100. Namun, pembayaran gagal kerana tiada baki.

“Semakan dengan pihak MyKasih mengesahkan bahawa kad pengenalan tersebut telah digunakan pada 8 Ogos di premis yang sama. Mangsa kemudian mengesyaki maklumat peribadinya telah digunakan oleh individu lain lalu membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, hasil risikan dan operasi yang dijalankan pada 29 September lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Polis turut merampas beberapa kad pengenalan milik orang lain yang berada dalam simpanan suspek. Pada 2 Oktober lalu, pertuduhan telah dibuat ke atas suspek di hadapan Majistret Sibu atas dua pertuduhan memiliki serta menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menuntut bantuan kewangan MyKasih,” jelasnya.

Suspek kemudiannya mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda RM3,000 bagi setiap pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(o) dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM300,000 naik taraf bilik guru SMK Tiong Hin
Next: Lawatan SK St. Michael perkukuh hubungan komuniti pendidikan di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.