Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Orang ramai diingatkan berhati-hati susulan peningkatan kehadiran buaya
  • TEMPATAN

Orang ramai diingatkan berhati-hati susulan peningkatan kehadiran buaya

Utusan Sarawak 3 hours ago
HENRY Harry Jinep ditemui media ketika kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman usahawan tempatan di Bau, hari ini, mengingatkan nelayan sungai agar sentiasa berwaspada terhadap ancaman buaya.

BAU: Nelayan sungai serta penduduk yang menjalankan aktiviti berhampiran kawasan perairan diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap ancaman buaya yang kini dilihat semakin kerap muncul di pelbagai lokasi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sungai dan Laut, Henry Harry Jinep berkata, peningkatan populasi reptilia itu menuntut orang ramai agar lebih berhati-hati serta mengutamakan aspek keselamatan sebelum turun ke sungai.

Menurutnya, kehadiran buaya sukar dijangka kerana haiwan tersebut boleh berada di mana-mana termasuk di kawasan yang sebelum ini dianggap selamat.

“Kita tidak tahu buaya itu berada di mana-mana. Kalau berada dalam perahu pun belum tentu selamat, apatah lagi jika berada di tepi sungai kerana kita tidak tahu apa yang ada di dalam sungai itu,” katanya ketika ditemui media pada kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman usahawan tempatan, Kuan Kim Tian, di sini hari ini.

Beliau menegaskan, orang ramai khususnya nelayan tradisional perlu mengambil langkah pencegahan seperti tidak bersendirian ketika turun ke sungai, mengelakkan aktiviti pada waktu berisiko serta sentiasa memantau keadaan persekitaran.

Tambahnya, buaya kini bukan sahaja berkeliaran di sungai air tawar, malah turut dikesan di kawasan air masin serta sawah padi berikutan pertambahan populasinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang nelayan sungai di Sadong Jaya dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika menjala ikan di sungai berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Abdilah dan operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan kerjasama agensi berkaitan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa serta segera melaporkan sebarang kelibat buaya kepada jabatan berkaitan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi harap Tahun Kuda limpahkan rezeki dan kesejahteraan buat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.