Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Orang ramai digalak datang awal tunai solat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak
  • TEMPATAN

Orang ramai digalak datang awal tunai solat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
ORANG ramai digalakkan hadir lebih awal ke Masjid Jamek Negeri Sarawak bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha serta mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan masjid esok.

PETRA JAYA: Orang ramai yang bercadang menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak esok digalakkan hadir lebih awal bagi memastikan kelancaran urusan serta mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan masjid.

Sambutan Aidiladha tahun ini dijangka berlangsung meriah dengan kehadiran jemaah dari pelbagai kawasan, termasuk beberapa kenamaan negeri yang akan bersama-sama menunaikan solat sunat tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak hari ini, Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg dijangka hadir ke Masjid Jamek Negeri Sarawak bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha bersama barisan kenamaan negeri yang lain.

Pelaksanaan solat sunat itu adalah susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi disambut esok.

Bagi memastikan pergerakan jemaah lebih teratur, laluan trafik di sekitar Masjid Jamek Negeri Sarawak akan diselaraskan berdasarkan pelan aliran trafik yang telah disediakan oleh pihak berkaitan.

Jemaah turut diminta memberi kerjasama dengan mematuhi arahan semasa daripada anggota Polis Bantuan yang bertugas sepanjang sambutan berlangsung.

Orang ramai juga digalakkan untuk berkongsi kenderaan sebagai langkah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memudahkan urusan parkir di kawasan sekitar masjid.

Pendekatan itu dilihat mampu membantu melancarkan pergerakan jemaah sekali gus memastikan suasana sambutan Aidiladha berlangsung dalam keadaan lebih selesa, teratur dan harmoni.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Subsidi RM10 juta PTB bantu kurangkan kos pemasangan solar bumbung isi rumah
Next: Sarawak melangkah gagah,sirung jadi pemangkin baharu industri tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.