Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang awam mohon bantuan PKOD musnahkan sarang serangga di SMK Telang Usan
  • Utara
  • WILAYAH

Orang awam mohon bantuan PKOD musnahkan sarang serangga di SMK Telang Usan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SKUAD Charlie berjaya memusnahkan sarang serangga jenis lebah madu di di taman Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan, semalam. Foto APM Marudi

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, Vikson Ungko, yang memohon bantuan untuk memusnahkan sarang serangga di taman Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi (APM), Lt.(PA) Mirwan Shah Masri, memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 7.22 malam mengenai sarang lebah madu bersaiz kira-kira 1×2 kaki yang terletak di taman sekolah berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, Skuad Charlie bertolak ke lokasi pada 7.24 malam, kira-kira enam kilometer dari PKOD. Setibanya di sana, mereka berjumpa dengan pengadu bagi mendapatkan maklumat dan lokasi tepat sarang serangga tersebut.

Skuad Charlie melakukan operasi dan berjaya memusnahkan sarang serangga tersebut dengan menggunakan semburan ridset.

Operasi diketuai L/Kpl (PA), Mohamad Hassan dan dibantu empat anggota lain, Pbt. (PA) Bennister Bana Sulang, Pbt. (PA), Mohd Zairul Johari, Pbt (PA), Mukhriz Saat dan PBT (PA) Shahrol Fikri dan tamat pada 10.10 malam.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan BBP Sarikei pantau trend air surut di Terminal Ekspres I, Jalan Repok
Next: Ular masuk rumah, Bomba Bintangor segera bertindak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.