Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Optimumkan peruntukan dalam Belanjawan 2026 – TPM Fadillah
  • SEMASA

Optimumkan peruntukan dalam Belanjawan 2026 – TPM Fadillah

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, bercakap pada sidang media mengenai Belanjawan 2026 di sebuah hotel, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Semua peruntukan dalam Belanjawan 2026 perlu dioptimumkan bagi memastikan ia benar-benar mencapai matlamat terutamanya dalam menjamin kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata sinergi antara semua agensi di bawah Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri penting bagi mencapai matlamat itu.

“Kita perlu pastikan segala projek dan program dalam Belanjawan 2026 dapat dilaksanakan secara berkesan mengikut tempoh, skop kerja dan bajet yang telah ditetapkan.

“Sebab itu pemantauan perlu baik bagi memastikan duit diperuntukkan dapat dibelanjakan. Kadang-kadang kita lihat duit dah diperuntukkan itu tidak dibelanjakan sepenuhnya, jadi ini merugikan matlamat dan tujuan kita,” katanya pada sidang media mengenai Belanjawan 2026 di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang memperuntukkan keseluruhan RM470 bilion dengan tumpuan memacu pertumbuhan ekonomi negara serta memastikan kekayaan negara dapat dinikmati secara saksama oleh semua golongan masyarakat.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 itu berkata ia meliputi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus (OE) Persekutuan dan RM81 bilion perbelanjaan pembangunan (DE) Persekutuan serta RM30 bilion pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), pelaburan awam-swasta (RM10 bilion) dan pelaburan badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) (RM10.8 bilion).

Belanjawan 2026 adalah belanjawan keempat yang dibentangkan Kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan yang pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak saksikan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri
Next: Eksklusif: Stacy sedang menerima rawatan di hospital pakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.