Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • OPTIMIS CAPAI 80 PERATUS
  • TEMPATAN

OPTIMIS CAPAI 80 PERATUS

Utusan Sarawak 4 years ago
KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bertanya khabar kepada salah seorang penerima vaksin semasa lawatan beliau ke PPV di Dewan Majma Kuching, semalam.
• Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: Seramai 291,000 penduduk di Bandar Raya Kuching telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg optimis penduduk di Kuching akan dapat mencapai 80 peratus populasi yang divaksinasi dengan sekurang-kurangnya satu dos pada akhir Julai atau minggu pertama Ogos nanti.

“Setelah sebulan melakukan vaksinasi agresif, Sarawak telah mencapai 50 peratus penduduk yang diberi vaksin dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat ini.

“Dan saya yakin jika trend vaksinasi berlanjutan, negeri ini akan dapat mencapai 80 peratus kekebalan kawanan pada akhir Ogos depan,” katanya, pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid di Dewan Majma’, semalam.

Abang Johari menegaskan, setakat ini Sibu sudah mencapai liputan vaksinasi 64 peratus mulai kelmarin dan rata-rata 50 peratus ke atas untuk bandar-bandar besar termasuk Bintulu.

Tambahnya, sambutan untuk vaksinasi sangat memberangsangkan dengan sekitar 300,000 penduduk di Kuching termasuk Lundu dan Bau telah mengambil suntikan dos.

“Terdapat 583,000 penduduk di Kuching yang layak mendapat vaksinasi yang mana 291,000 orang telah menerima dos pertama mereka. 

“Pada kadar ini, saya yakin Kuching akan dapat mencapai 80 peratus populasi yang divaksinasi dengan sekurang-kurangnya satu dos pada akhir Julai atau minggu pertama bulan,” jelasnya lagi.

Meskipun demikian, beliau mengingatkan rakyat negeri ini untuk tidak berpuas hati tetapi tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan yang tinggi dalam keadaan normal baharu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, Sarawak mempunyai kemampuan untuk melancarkan maksimum 70,000 dos setiap hari pada masa ini dengan syarat bekalan vaksin mencukupi.

“Sarawak telah menerima hampir dua juta dos vaksin setakat ini yang terdiri daripada vaksin Pfizer- BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca (AZ),” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Ahli NSJA jalani pemeriksaan kesihatan
Next: Brunei sumbang bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.7 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.