
KUCHING: KPDN Sarawak dan JPJ Sarawak berjaya melaksanakan Ops Tiris 4.0 di Kuching dengan mengesan sebuah lori yang telah diubah suai untuk membawa diesel dianggarkan antara 600 hingga 700 liter semalam.
Kenderaan tersebut dikesan dan tindakan telah diambil oleh pihak KPDN, dengan lori berkenaan seterusnya disita untuk siasatan lanjut.
Dalam operasi yang sama, pihak JPJ turut menahan dan menyita lori tersebut atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
Operasi ini melibatkan dua lokasi utama iaitu di Jalan Tun Salahuddin Tol dan Jalan Kuching Serian Batu 8.


Operasi ini diketuai oleh Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin bersama 15 anggota, manakala pasukan JPJ diketuai oleh Ketua Seksyen Operasi Saifullah Ali bersama enam anggota.
Menurut Matthew, operasi ini mencerminkan komitmen tinggi serta kerjasama strategik antara agensi dalam membanteras aktiviti penyelewengan dan memastikan pematuhan undang undang sentiasa dipatuhi.
JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada KPDN Sarawak atas kerjasama erat dalam menjayakan operasi ini bagi memastikan keselamatan, ketelusan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Oleh Connie Chieng

Empat lelaki ditahan, enam kes curi kabel rugi RM148,500 selesai
MIRI, 11 November: Polis berjaya menumpaskan kegiatan kumpulan pencuri kabel yang dipercayai aktif di sekitar kawasan Batu Niah dan Suai

Empat lelaki positif dadah ditahan dalam operasi di Semariang Baru
KUCHING, 10 November: Empat lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 41 tahun ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu

Rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di Brunei miliki dua rekod jenayah
KUALA LUMPUR, 8 November: Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Brunei bersama-sama lebih 100 kilogram (kg) dadah disyaki syabu

Dua lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alkohol
KUCHING, 8 November: Dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi

