Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ops TBC: JPJ Sarawak gerakkan 500 penguat kuasa
  • SEMASA

Ops TBC: JPJ Sarawak gerakkan 500 penguat kuasa

Utusan Sarawak 4 months ago
PENGARAH Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili memantau Pemeriksa Kereta Motor Muhammad Rahmat Ibrahim melakukan pemeriksaan ke atas tayar sebuah bas ekspres di Terminal Bas Jalan Pahlawan Sibu, ketika tinjauan dan pemeriksaan ke atas bas-bas ekspres bersama pasukan penguatkuasa JPJ Cawangan Sibu bersempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang dilaksanakan serentak seluruh negara bermula 20 Januari hingga 9 Februari ini. FotoBERNAMA

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menggerakkan 500 anggota penguat kuasa untuk melaksanakan Operasi Khas Tahun Baru Cina (TBC) 2025 bermula 20 Januari hingga 9 Februari ini.

Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata operasi khas bermatlamat mengurangkan kemalangan jalan raya itu meliputi Ops Motosikal, Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), Ops Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB), Ops Teknikal dan Ops 9 Big Sin.

“JPJ turut melaksanakan larangan pemanduan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) pada 27 dan 28 Januari (sebelum perayaan) serta 1 dan 2 Februari (selepas perayaan) dengan pemantauan intensif oleh pasukan penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu yang melanggar larangan tersebut akan dikenakan saman dan kenderaan mereka akan disita selama 48 jam di bawah Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, beliau mengadakan tinjauan dan pemeriksaan di Terminal Bas Sibu bersama pasukan penguat kuasa JPJ.

Norizan berkata pemeriksaan teknikal ke atas bas ekspres telah dilakukan selama seminggu bermula 13 Januari di depoh seluruh Sarawak bagi memastikan keselamatan kenderaan tersebut.

Beliau berkata bas yang lulus pemeriksaan diberikan slip pemeriksaan sah untuk tempoh seminggu manakala bas yang mempunyai masalah teknikal dilarang beroperasi sehingga pembaikan dilakukan.

“Pengguna Lebuh Raya Pan Borneo dinasihatkan supaya memandu secara berhemah kerana jumlah kenderaan dijangka meningkat mendadak semasa cuti Tahun Baru Cina dan cuti sekolah,” katanya.

Faktor utama kemalangan jalan raya katanya melibatkan kecuaian pemandu serta keadaan kenderaan, jalan raya dan cuaca selain menekankan supaya tidak memandu dalam keadaan mengantuk.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai untuk melaporkan kesalahan lalu lintas agar tindakan segera dapat diambil. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Next: Bomba bertugas 12 jam, 24 jam dapat rehat mingguan 26 hari setahun bermula Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.