Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops TBC 2026: JPJ Sarawak perketat pemantauan, pemeriksaan bas di tiga terminal utama
  • TEMPATAN

Ops TBC 2026: JPJ Sarawak perketat pemantauan, pemeriksaan bas di tiga terminal utama

Utusan Sarawak 5 hours ago
BAHAGIAN Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bas di tiga terminal utama negeri ini, iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bas di tiga terminal utama negeri ini, iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

Operasi tersebut dijalankan sebagai langkah proaktif sempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 dan musim cuti persekolahan bagi memastikan tahap keselamatan pengangkutan awam sentiasa berada pada tahap optimum.

Pemeriksaan yang dilaksanakan memberi fokus khusus kepada aspek keselamatan teknikal kenderaan, termasuk keadaan tayar, sistem brek, lampu, struktur badan kenderaan serta pematuhan terhadap spesifikasi teknikal yang ditetapkan.

BAHAGIAN Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bas di tiga terminal utama negeri ini, iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. Foto JPJ Negeri Sarawak

Selain itu, pemeriksaan dokumen turut dijalankan melibatkan Permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Disk Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Lesen Kenderaan Motor (LKM), perlindungan insurans dan lesen memandu bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan, ujian saringan air kencing turut dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan pemandu bas bebas daripada pengaruh dadah.

BAHAGIAN Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bas di tiga terminal utama negeri ini, iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. Foto JPJ Negeri Sarawak

Inisiatif berkenaan bertujuan memastikan setiap bas yang beroperasi berada dalam keadaan selamat dan layak berada di jalan raya, sekali gus menjamin keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain sepanjang musim perayaan.

JPJ Sarawak akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi sertai latihan menembak di PULAPOL Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.