Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis: Polis terus gempur kegiatan dadah
  • JENAYAH

Ops Tapis: Polis terus gempur kegiatan dadah

Utusan Sarawak 2 days ago
DITAHAN… Suspek ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan polis dalam operasi Ops Tapis di Bintangor selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong sekitar 2.10 petang, semalam.

“Lelaki tersebut (suspek) ditahan semasa operasi dijalankan dan dibawa ke IPD Meradong untuk siasatan lanjut.

“Saringan ujian air kencing di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” tegasnya.

Tansli turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan seumpama itu.

“Pihak IPD Meradong menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 bagi membantu usaha membanteras kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas IPD Saratok 
Next: Two persons arrested for drug abuse in Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.