Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis: Polis tahan dua lelaki positif dadah
  • JENAYAH

Ops Tapis: Polis tahan dua lelaki positif dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITAHAN… Dua lelaki tempatan ditahan oleh pihak polis semasa Ops Tapis, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi Ops Tapis di sebuah kampung kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, Tansli Mering, berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, kira-kira 11.45 pagi, baru-baru ini.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 32 tahun tersebut ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Meradong bagi menjalani saringan ujian air kencing.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan terdahulu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan dadah.

“Operasi Ops Tapis akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah berterusan membanteras kegiatan dadah di daerah ini.

“Orang ramai diseru agar terus bekerjasama dengan pihak polis dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” tegasnya.

Tambahnya, sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor menerusi talian 084-693222.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan pemandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu
Next: Lelaki 30 tahun ditahan suspek dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.