Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis Narkotik: 195 individu ditahan, dadah bernilai hampir RM300,000 dirampas di Sibu
  • JENAYAH

Ops Tapis Narkotik: 195 individu ditahan, dadah bernilai hampir RM300,000 dirampas di Sibu

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seramai 195 individu ditahan manakala sebanyak 13,508.84 gram pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM299,392.62 dirampas sepanjang pelaksanaan Op Tapis Khas Narkotik yang dijalankan sepanjang Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, sepanjang operasi tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menahan lima individu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, tiga individu di bawah Seksyen 39A(2) serta 11 individu di bawah Seksyen 39A(1).

Selain itu, katanya seramai 23 individu ditahan di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952, 152 penagih dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 serta seorang individu di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1952.

“Seramai 14 warga asing turut ditahan sepanjang operasi berkenaan. Jumlah keseluruhan tangkapan dalam operasi ini adalah seramai 195 orang dengan rampasan dadah sebanyak 13,508.84 gram pelbagai jenis bernilai RM299,392.62,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Dalam tempoh sama, Zulkipli berkata, seramai 56 individu telah didakwa di mahkamah, lima orang di bawah Seksyen 39B ADB 1952, tiga orang di bawah Seksyen 39A(2), 11 orang di bawah Seksyen 39A(1), 23 orang di bawah Seksyen 12(3) serta sembilan warga asing di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah diminta tampil menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222 (JSJN Bukit Aman) atau 017-592 2211 (JSJN Sarawak).

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ‘Inspektor Sheila’ ditahan cetus kekecohan di Batu Caves

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.