Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis: Lelaki dan dua wanita positif dadah ditahan
  • JENAYAH

Ops Tapis: Lelaki dan dua wanita positif dadah ditahan

Utusan Sarawak 12 hours ago
DITAHAN… Tiga suspek ditahan oleh pihak polis IPD Meradong, semalam. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Ops Tapis yang dijalankan oleh pihak polis berjaya membawa kepada penahanan tiga individu disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas serbuan dilakukan di sebuah kampung di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata ketiga-tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki berusia 39 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 27 dan 41 tahun.

“Kesemua suspek ditahan pada 24 Oktober 2025 sekitar 5.55 petang oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong ketika Ops Tapis dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Katanya, saringan awal ujian air kencing terhadap kesemua suspek yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan,” katanya. 

Dalam pada itu, Tansli menegaskan bahawa pihaknya memandang serius gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

“Polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dikalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Kami menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah untuk membantu membanteras masalah tersebut di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan terus ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tumpas sindiket dadah, rampas syabu bernilai lebih RM117,000
Next: Pemandu lori ditahan dalam serbuan dadah di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.