Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Serkap: Lelaki tempatan, 11 PATI ditahan sekitar Kem Penrissen
  • JENAYAH

Ops Serkap: Lelaki tempatan, 11 PATI ditahan sekitar Kem Penrissen

Utusan Sarawak 2 days ago
BAHAGIAN Penguatkuasaan Imigresen Kuching berjaya menumpaskan kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi pelaksanaan Operasi Serkap yang dijalankan di sekitar Kem Penrissen, pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuching berjaya menumpaskan kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi pelaksanaan Operasi Serkap yang dijalankan di sekitar Kem Penrissen, pagi tadi.

Operasi yang bermula sekitar 8.30 pagi itu memberi tumpuan di kawasan tempat letak kereta Masjid Solahuddin Al-Ayubi, susulan maklumat risikan dan aduan awam yang diterima sebelum ini.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS), seramai 11 individu telah diperiksa dalam serbuan tersebut dan hasilnya, 10 daripadanya merupakan warganegara Indonesia yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

BAHAGIAN Penguatkuasaan Imigresen Kuching berjaya menumpaskan kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi pelaksanaan Operasi Serkap yang dijalankan di sekitar Kem Penrissen, pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 6(1)(c) berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Selain itu, lelaki tempatan berumur 46 tahun turut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 55E akta yang sama, kerana disyaki melindungi atau membenarkan pendatang asing tinggal di premis miliknya tanpa kebenaran yang sah.

Semua individu yang ditahan telah dibawa ke JIMS untuk siasatan lanjut.

JIMS dalam kenyataannya turut menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan PATI kepada pihak berkuasa sekali gus membantu menjaga keselamatan dan kedaulatan negara melalui kerjasama berterusan antara agensi penguatkuasaan dan masyarakat.

-Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS)

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja dicekup dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri
Next: Bau police conduct motorcycle operation, issue 38 summonses

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.