Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Serkap: 16 warga asing ditahan di Lundu  
  • JENAYAH

Ops Serkap: 16 warga asing ditahan di Lundu  

Utusan Sarawak 13 hours ago
DITAHAN… Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menggagalkan aktiviti penyeludupan migran dengan penahanan 16 warga asing menerusi Ops Serkap di kawasan sempadan Biawak, Lundu, hari ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

LUNDU: Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menggagalkan aktiviti penyeludupan migran dengan penahanan 16 warga asing menerusi Ops Serkap di kawasan sempadan Biawak, Lundu, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, jabatan itu memaklumkan operasi dijalankan hasil maklumat risikan mengenai laluan penyeludupan migran dan pemerdagangan orang berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Biawak.

DITAHAN… Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menggagalkan aktiviti penyeludupan migran dengan penahanan 16 warga asing menerusi Ops Serkap di kawasan sempadan Biawak, Lundu, hari ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

“Ketika operasi pagi tadi, sembilan anggota Pasukan Tindakan Khas jabatan itu mengesan dan mengekori dua kenderaan dipercayai membawa migran dari kawasan hutan sebelum ditahan di tepi jalan berhampiran Lorong Opek 8, Jalan Biawak.

“Hasil pemeriksaan menemukan warga asing terbabit terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” menurut hantaran itu.

JIM Sarawak memaklumkan dua kenderaan terbabit turut disita manakala kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 5(1), 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 26 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching
Next: Lelaki rugi RM107,796 ditipu sindiket menyamar wakil Kementerian Pertahanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.