Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops Selamat: Polis pantau ketat 56 lokasi panas sempena perayaan Gawai
  • TEMPATAN

Ops Selamat: Polis pantau ketat 56 lokasi panas sempena perayaan Gawai

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan pegawai kanan yang lain merakam kenangan selepas sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

KUCHING: Polis Sarawak dari pelbagai cawangan akan bertugas untuk memantau rapi 56 kawasan dikenal pasti sebagai lokasi panas yang kerap berlakunya kemalangan jalan raya di Sarawak sepanjang Ops Selamat Sempena Hari Gawai Dayak 2023 di seluruh negeri bermula 29 Mei hingga 5 Jun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tumpuan Ops Selamat adalah di 56 jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran terutama di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas serta kawasan perumahan dan penempatan orang ramai. 

“Sebanyak 56 lokasi itu terletak di Kuching (3), Padawan (2), Bau (3), Lundu (1), Sri Aman (2), Lubok Antu (2), Saratok (2), Betong (3), Sarikei (2), Meradong (2), Julau (1), Kanowit (2), Sibu (2), Mukah (2), Dalat (2), Daro (1), Kapit (2), Song (1), Belaga (2), Bintulu (3), Tatau (1), Miri (4), Marudi (2), Limbang (1), Lawas (2), Kota Samarahan (3), Serian (1) dan Simunjan (2).

“Semua ibu pejabat polis daerah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mengadakan rondaan di kawasan tumpuan melibatkan 36 jalan raya persekutuan dan 20 jalan raya negeri tersebut.

“Operasi ini bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak sepanjang tempoh perayaan ini selain menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas.

“Operasi ini diadakan bagi mewujudkan rasa selesa dan selamat dalam kalangan pengguna jalan raya iaitu dengan menempatkan seramai 850 pegawai dan anggota polis di 56 lokasi terpilih yang sering berlaku kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan pegawai-pegawai kanan IPK Sarawak.

Beliau berharap agar operasi ini akan mencapai matlamat yang disasarkan iaitu dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh Sarawak sekali gus mencegah kejadian pecah rumah di sepanjang musim perayaan.

“PDRM Kontinjen Sarawak juga meminta orang ramai supaya memberi kerjasama dan memaklumkan kepada polis apabila meninggalkan rumah pada musim perayaan ini,” katanya.

Selain itu, Ops Khas juga akan disertai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Jabatan Laut Wilayah Sarawak dengan memberi tumpuan kepada pengusaha bot ekspres dan pengguna bot bagi memastikan keselamatan penumpang yang menggunakan pengangkutan air.

Katanya, antara lokasi melibatkan pengangkutan air seperti di Tatau, Sibu, Kapit, Song, Belaga dan Kanowit.

Mohd Azman turut berkata operasi ini akan melibatkan semua cawangan dan jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dan akan melibatkan semua daerah di Sarawak.

Pada masa sama, turut dikongsikan kepada orang ramai ialah tiga cara memaklumkan kepada polis sebelum meninggalkan rumah untuk pulang bercuti.

“Bagi penduduk yang bakal balik ke kampung halaman dan meninggalkan kediaman untuk tempoh yang lama, disarankan untuk menghubungi polis bagi membuat rondaan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Pengguna boleh mendaftar sebagai ahli VSP dengan memuat turun aplikasi VSP atau menghubungi balai polis berhampiran atau datang sendiri ke balai polis atau mengisi borang balik kampung yang terdapat di laman web PDRM atau portal Trafik PDRM,” jelasnya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Majlis Kraf Sarawak bakal dijadikan badan kawal selia
Next: Sidang DUN: Tangani banjir  gabung tiga sekolah bina sekolah berpusat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.