Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Pengarah: 185 kenderaan diperiksa,16 kenderaan diambil tindakan, 19 notis saman dikeluarkan
  • Utara
  • WILAYAH

Ops Pengarah: 185 kenderaan diperiksa,16 kenderaan diambil tindakan, 19 notis saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 2 months ago
OPS PENGARAH… Datuk Jazmanie Shafawi dan Norizan Jili ketika memeriksa lesen memandu terhadap salah seorang pengguna motosikal pada Op Pengarah di Marina Utama, Miri semalam.

MIRI: Sebanyak 16 kenderaan telah diambil tindakan dan 19 notis saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sepanjang operasi berlangsung semalam sejumlah 185 kenderaan telah diperiksa, melibatkan pelbagai jenis kenderaan seperti motokar, kenderaan komersial serta motosikal.

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Malaysia Datuk Jazmanie Shafawi turut turun padang dalam operasi Ops Pengarah di Marina Utama, Miri.

Katanya, ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna kenderaan.

Tambahnya, operasi ini telah diketuai oleh Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Norizan Jili, dan turut dihadiri oleh Ketua Cawangan JPJ Miri, Fifi Suhesty, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Miri, Jelapin.

“Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengesan pelbagai kesalahan yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Dalam operasi itu, hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, 16 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan, sementara 19 notis saman serta pemeriksaan telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Antara kesalahan utama yang dikenal pasti sepanjang operasi itu termasuk penggunaan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi, dengan sembilan kes direkodkan, diikuti oleh kesalahan tiada lesen memandu (dua kes) dan cukai jalan tamat tempoh (satu kes) serta beberapa kes lain berkaitan kesalahan teknikal turut dikesan dalam operasi ini,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ Miri akan terus menjalankan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Justeru, langkah penguatkuasaan ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, tetapi juga memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: AADK anjur majlis Khatamal al-Quran
Next: 100 klien JKM Saratok terima sumbangan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.