Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops pemandu warga asing (PEWA) dan gempur kenderaan perdagangan JPJ Kuching
  • TEMPATAN

Ops pemandu warga asing (PEWA) dan gempur kenderaan perdagangan JPJ Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEGAWAI penguat kuasa JPJ Kuching menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori sampah dalam Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar raya Kuching dan Kota Samarahan, semalam. Foto JPJ

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi JPJ Kuching semalam melaksanakan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar raya Kuching serta Kota Samarahan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Operasi bersepadu itu memfokuskan pengesanan pemandu warga asing yang memandu tanpa kelayakan sah serta pemantauan ketat ke atas kenderaan perdagangan bagi mengekang pelanggaran peraturan jalan raya yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna.

Hasil pemeriksaan, JPJ Kuching menyita sebuah lori sampah yang didapati dipandu oleh seorang warga asing tanpa lesen memandu dan lesen vokasional yang sah.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati cukai jalan dan insurans kenderaan berkenaan telah tamat tempoh kuat kuasa.

Kesalahan berkenaan merupakan pelanggaran serius di bawah peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas telah diambil terhadap pihak terlibat selaras dengan penguatkuasaan berterusan JPJ.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak menegaskan agar semua pemilik serta pengusaha syarikat kenderaan perdagangan sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan sah dari segi dokumentasi, selain hanya membenarkan pemandu yang berkelayakan dan berlesen mengendalikan kenderaan perdagangan.

JPJ Sarawak menegaskan, kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi demi keselamatan pengguna jalan raya dan kepentingan awam.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 cerminkan perpaduan Sarawak
Next: Wilfred Yap saksikan projek naik taraf saliran RTP siap di Jalan Kuching Ranger Depot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.