Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Patuh JPJ Betong periksa 98 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan
  • Tengah
  • WILAYAH

Ops Patuh JPJ Betong periksa 98 kenderaan, pelbagai kesalahan dikesan

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPS Patuh yang dilaksanakan oleh JPJ Betong di sekitar Bandar Betong, semalam. Foto: JPJ Negeri Sarawak

BETONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Betong melalui Unit Operasi telah melaksanakan Ops Patuh menerusi penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar bandar ini, semalam.

Menurut kenyataan media JPJ Sarawak, operasi berkenaan bertujuan memastikan pematuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang serta peraturan yang ditetapkan di bawah akta dan peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 98 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa melibatkan kenderaan persendirian, komersial dan motosikal di beberapa lokasi tumpuan utama sekitar bandar tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan antaranya tiada lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan.

JPJ Betong menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan, khususnya kesalahan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab serta peka terhadap aspek keselamatan.

JPJ turut mengingatkan bahawa pematuhan terhadap undang-undang bukan sahaja dapat mengelakkan tindakan penguatkuasaan, malah mampu mengurangkan risiko kemalangan dan kerugian kepada semua pihak.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa memastikan dokumen seperti lesen memandu, LKM dan perlindungan insurans masih sah serta keadaan kenderaan berada dalam tahap selamat sebelum digunakan di jalan raya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pemantauan projek pembangunan ditekankan demi manfaat rakyat di DUN Bukit Kota
Next: Kebersihan dan keselamatan juadah jadi fokus Bazar Ramadan Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.